RESEPI: Cara Berlauk

Ni kali kedua sebenarnya buat kuih cara versi berlauk. Kali pertama haritu macam hm sikitlah hahahahaha jap mana tah gambarnya. KEJAP!




Ok, kesilapan & kekurangan aku masa pertama kali buat adalah:


  • Warna kuning pucat sebab takda pewarna kuning.
  • PEDAS sebab cili tu aku potong dna hiris kecil tapi tak buang biji.


Maka, kali kedua ni aku cuba improvise mana yang bolehlah. Haritu buat guna resepi lain, dagingnya lepas ditumis dan digoreng, ia nampak menyelerakan tau. Tapi aku tak faham tulisan aku dalam buku resepi sendiri jadi terpaksa search resepi lain dan olah sendiri.

Resepi asal: Rasa.my






BAHAN-BAHAN:

INTI DAGING:

  • Daging  cincang 1000gm
  • Setengah bawang holland (dihiris halus)
  • 2 ulas bawang putih (hiris halus)
  • Kiub pati lembu MAGGI (nak guna rempah kari daging pun boleh)
  • Cili merah dihiris nipis dan dibuang biji
  • Daun sup dihiris nipis
  • Garam secukup rasa



KUIH:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air
  • 1 biji telur Gred A/B
  • 1 cawan santan = sekotak santan 220ml yang kecil tu lupa dah berapa ml
  • Sedikit serbuk kunyit sebagai penambah warna @ pewarna kuning
  • Garam secukup rasa



CARA-CARA:

INTI DAGING:

  1. Panaskan minyak.
  2. Tumis bawang holland dan putih bersama sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan kiub pati lembu, kacau sehingga naik bau.
  4. Masukkan daging.
  5. Tambah garam.
  6. Cedok, letak tepi dulu.



KUIH:

  1. Campurkan semua bahan. Pukul semua sehingga tepung tak berketul. Kalau taknak pukul manual, guna blender pun boleh. Lagi mudah kerja.
  2. Lengserkan acuan dengan minyak masak/minyak sapi. Tunggu sehingga panas.
  3. Tuangkan bancuhan tepung tadi sehingga 3/4 memenuhi acuan. Tutup selama seminit. Api perlahan/sederhana sahaja sebab dia cepat masak.
  4. Buka penutup, sudukan daging dahulu. Kemudian cili dan daun sup. Tekankan sikit. Tutup semula selama seminit atau sehingga yakin dah masak.





Masalah yang aku masih belum dapat atasi sampai sekarang adalah tak boleh nak konsisten kan kuantiti cili dan daun sup sebagai topping.


TIPS : Cili dan daun sup yang dah dihiris halus tu boleh la gaul-gaulkan dalam mangkuk dulu. Nanti bila nak tabur atas kuih, taklah jadi dua kerja pulak sebab nak tabur satu satu bahan.

NOTA: Sebab aku masih dalam fasa pemulihan diri lepas keluar hospital, aku tak ada kekuatan nak hiris halus bawang bawang tu jadi aku gunakan chopper yang aku belikan untuk ibu dari Lazada. Harga tak sampai RM30 pun. Tapi benda ni kalau letak logo dan jenama Tupperw*re tudiaaa mencanak naik harga dia. Belum try lagi lah brand tu punya chopper, kalau sesiapa nak sponsor tu kira sudilah aku berbagi alamat. Kahkahkah



ImageImage


Comments

  1. It must be yummy. Thanks for sharing this!! <3

    ReplyDelete
  2. Suka makan kuih cara berlauk ni. Tq utk resepi.

    ReplyDelete
  3. this is one of my favourite. lamanya tak makan.
    susah nak jumpe yg betul2 sedap like the one i used to it.
    it taste differently depending on those who made it.

    ReplyDelete

Post a Comment

Comment helok sikit.

Popular posts from this blog

Sekeping kad biru (UPDATE)

Heart-Shaped Lempeng. Awak ada?

Kesian kakak ku di pagi raya