Dapat telinga baru lagi

Haluuuuuu Assalammualaikum I'm back. Sebab aku dah penat nak kena ulang skrip sama, cite habis la kat sini eh kenapa kena masuk hospital. Nanti orang tanya lagi, kita screenshot pastu forward je terus. Habis cite. Siap explain kenapa kena operate dan mcm mana layanan doktor & nurses HTAA. Jangan risau, tak ada kecam mengecam, sume okieee! Promise!

------

'check in' : 19/01/2020
Operate : 20/01/2020

Operate apa?
Telinga.

Sebab?
Gegendang telinga berlubang sejak kecik lagi. Nak tau kenapa berlubang tu tanya mak aku pulak lah. Lepastu mcm dah tutup eh? Sbb doktor cakap kanak2 ni boleh sembuh sendiri apeke. Tak lama, berlubang balik. 2013, operate. 2014 jadi balik. 2018 nak operate tapi entah mana datang keajaiban, doktor cancel sbb kata telinga dah okay. 2019 jumpa pakar semula sbb telinga bernanah, sakit. Kali ni kasi jadi la haha. Ok clear tak tu?

-----

19/01/2020 - hospital cakap paling lewat masuk pukul 2, maka pukul 2 la kami sampai. Nurse bagi baju suruh tukar. Bila check diri sendiri kat cermin, tiba2 ada makcik tegur "haa kan comel tu!".






Ibu dah hantar, ibu cakap "ibu balik dulu petang nnt ibu dtg balik". Haruu rasa mcm kena tinggal kat taska! Bergolek golek dah kat katil. Masa tu tangan belum masuk tiub. Jadi bebas betul la kaki tangan ni. Sapu serum Myfa kat rambut, sikat sikat rambut, belai rambut, sapu bio serum & lotion, belek muka... Siap semua, baring pulak kat katil terbalik kepala kat kaki sambil tangan tunjuk siling, kira petak siling. Baca buku sama dekat tiga empat kali. Nak save phone battery punya pasal la kan. Lepastu doktor datang cucuk tiub tangan kiri tapi tersentak so kena buat tangan kanan. Sakit jugak  kot. Lepastu lepak kat koridor sambil peluk shark, tegur2 makcik tua yg lawat anak tgh kritikal. Tegur basa basi jela. Petang ibu datang dgn abang2. Bawak mi sup!





Malam dah tak boleh tidur. Takut satu hal. Sliding door bukak separuh dah dua hal. Pukul 12 kena puasa. Padahal kat rumah, time ni la aku melantak lagi. Lain2, aktiviti aku cuma sembang dgn makcik2 jela. Apa nak buat, dah takda kawan nak borak

20/01/2020 - BANGUN PUKUL 4 PAGI SIOT. Pejam2 mata, baru pukul 5. Pejam lagi, baru 5.15. Agak nak cerah baru pergi mandi. Settle mandi, duduk katil rilek2, buat skincare routine, buat rambut, sapu lotion lagi.


Tegur makcik yang jaga anak kat katil hujung sana-
"makcik dah makan?"
"belum. susah hati. risau mikir ke anak"

Ye, anaknya pun tunggu masa nak masuk OT macam aku, but she's worser than me. Accident berlanggar dengan lori.


ENT doctors datang as a team. Check telinga. Sebab pernah ada history, sepatutnya senang doktor nak refer. Tapi sebab fail hilang kat hospital, taktau sebab dorang dah lupuskan atau apa, susah nak bagitau exact information. Sebab yela, kita orang biasa, nak guna medical term dengan diorang tak boleh. Mampu bagi buku temujanji je. The doctor was so nice sebab tolong ambikkan buku dalam drawer, pastu bila nak simpan balik- "saya simpan dalam ni balik ye?" Alolololo.


Jadi aku cuma mampu bagitau the previous surgery pun doktor buat graft/gaft (??) dekat belakang telinga untuk tampal kat dalam. Tak sia sia fokus masa foktor bagi briefing dulu kan.




Tiba tiba senggugut teruk. Nak makan ubat tahan sakit tapi teringat nurse cakap kena puasa. Berguling-guling y'all atas katil. Macam udang pun ye. Pastu nangis la, apa lagi. Nangis sakit sambil tunggu giliran masuk OT. Bayangkan. Lepastu Sister datang tanya, "dik, ok tak?" Terus mintak nak makan painkiller. Dia cakap sabar, nanti tanya doktor. Tapi yang datang lepastu nurse lain, "adik, tukar baju ni ye. kita nak masuk bilik bedah" Aaaaaaaaa finally. No bra, no panty, no nothing allowed.

Sampai wad bedah, aku dah menggigil. Bukan sejuk tapi sakit. They'd ask for confirmation. Nama kau, ic, tandatangan kau. Dan dia akan tanya pembedahan apa kau akan lalui supaya kau sedar diri sikit. Ehhh. Hahahahaha.


Too bad, I thought I was gonna meet Dr Zaki lagi sebab he was my surgeon masa 2013. But this time around, an Indian doctor. Dia tukar tiub dari tangan ke kaki sbb aku mengeluh tangan sakit sangat.Mungkin sbb veins kecik, said the doctor. Mana tak sakit, one of them luruskan posisi tangan aku pastu dia tepuk pulak kat tempat masuk tiub. Pastu bila aku cakap aduh sakit, dia genggam PULAK TANGAN YG SAMA SAMBIL CAKAP SORRY. ALLAHUAKBAR.  Dah bagi bius benda apa tah, lama lama semua nampak kabur. Sebijik mcm POV kita dalam drama tv. Tak tipu beb! Hahahahaha mmg full bius. Jangan buat palatao la cakap minor surgery jenis aku tak bius langsung. Aku yg dua kali kena bedah, aku tau la. Ish.

Jam masa tu pukul 1.15. Bila aku sedar, pukul 3. Tapi masa tu aku bukan sedar sepenuhnya. Mata pejam, tapi tangan menggagau tunjuk siling macam nak petik bintang, macam meracau, macam lemas, macam panjat gunung. Semua ada. Aku sedar tapi mcm tak sedar. Cane tu? Masa tu dalam wad bedah lagi. Nurses kat situ semua dah macam EH AWAK SEDAR TAK NI AWAK SEDAR TAK. Aku angguk je cakap sedar tapi masih meracau. Diorang ingat aku sejuk, diorang letak pemanas dalam selimut. Tangan masih lagi cuba capai entah apa yg kita semua tak nampak. Aku penat tapi aku tak boleh berhenti buat aktiviti tak berfaedah macam tu. HAHAIEWHFWFHEUIF nurse sampai tak larat nak sedarkan aku. Nak ditepuk muka, patient operate telinga. Kang pekak pulak. Ditepuknya badan aku banyak kali. Tak cukup meracau nak sentuh siling, aku pukul pagar besi. Hantuk hantuk kepala kat pagar besi tu.

Nurse: Awak delusional ni!
Nurse, lagi: Awak berhalusinasi!
Nurse, lagi sekali: EH AWAK TAU TAK AWAK MCM KENA RASUK?
Nurse, entah kali berapa: AKU CEPUK JUGAK BUDAK NI KARANG ei

shshdjfh dont get mad though, diorang penat kot. sebab before operate i heard them talking to each other yg diorang belum makan. masa tu pukul 1. mestila lapar. aku pun lapar sebenarnya.


Diorang niat nak bagi aku balik surgical ward lepas aku betul betul conscious. Tapi nampak macam takkan baik jugak so, diorang call nurse dari Wad 4C, kutip aku bawak balik wad semula. Balik wad, aku masih meracau. Masih dengan memukul pagar besi, cubaan nak terjun katil, tarik baju nurse, mcm orang kena sampuk sungguh pun ya. Dalam mamai tu aku boleh nampak semua mata patient & waris patient pandang aku. Tapi aku tak boleh buat apa.


Nurse cakap tak pernah lagi ada patient yg tak sedar diri macam aku lepas bedah. "Entah-entah patient ni over dose bius" hah pulak dah. Tapi boleh pulak masa tu aku tak tahan nak kencing so aku tarik tangan nurse, tunjuk kat toilet. Dia cakap kejap, kejappp. Kejappppp. Bapak punya lama kejap tu aku terus mamai bertukar mengamuk. Jangan nafikan hak panggilan alam saya!!!


Sudahnya aku tak boleh balik katil asal aku. Letak kat section pemerhatian. Dok meratib nak pergi toilet sangat kan ha diorang bagi pakai diapers. Sebab katanya aku masih separa sedar, tak boleh nak jalan betul lagi. Tambah dengan bulan yang jatuh ke riba, bertambah kerja diorang nak lap darah semua. DAN DAN LA MASA TU ANGIN MENIUP KUAT TIRAI KATIL.


Dah bagi pakai diapers terus tak jadi nak kencing. Pundi kencing very the behave. Stress aku. Bukak drawer, cari getah rambut. Tak jumpa. Nurse jugak datang. "cari apa dik?" Aku buat sign getah rambut. Dia jumpa, dia hulur- "boleh ikat tak? nak akak ikat?" Aku geleng. Aku ikat rambut sendiri stail pokok kelapa, macam biasa.


Tiba tiba dahaga. Tangan cuba capai botol air. Tapi tak boleh bukak pulak. Mintak tolong nurse, nurse bagitau nurse lain- "patient nak minum air"

"adik, bagitau nama awak dulu"

Aku tunjuk gelang kat tangan.

"tak, saya taknak gelang awak. saya nak tau nama awak"

Aku masih berkeras tunjuk nama kat gelang.

"sebut nama awak dulu baru boleh minum air"

Tau tak scene ustaz cuba nak pujuk setan jin jembalang yang merasuk orang tu? Siapa nama kamu? Mana asal usulmu? Aku rasa sebijik mcm tengah berlakon dah tadi.


Masa tu aku sedar. Aku tau nama aku. Tapi tak larat nak cakap. Jadi mengamuk lagi kat situ. Nurse cakap kat nurse lain, "jangan bagi dia minum air selagi dia tak sebut nama dia!" Ha jadi la drama air mata. Meleleh air mata tak dapat minum air, siap disoroknya botol air aku. Pastu nurse lap air mata kat pipi. Hahahahahfidhfe


Syahdu gila beb masa tu. Bayangkan kau dahaga, tapi tak dapat air. Pelawat katil depan semua saksi aku jadi orang tak betul menangis nak air. Tapi diorang tengok jela. Nak tolong tak boleh pulak.


Nurse pujuk banyak kali, "dik, kitorang kena pastikan awak betul betul sedar baru boleh bagi air. nanti takut awak tersedak ke termuntah ke. susah nanti"

TETIBERRRRR NURSE DATANG LETAK LABEL PUASA KAT TIANG AKU. BOLEH TAKKK? KENA SAMBUNG PUASA???????? 5.30 pm dan aku kena puasa lagi. Oh, macam mana tau jam? Aku buat signal kat anak makcik katil depan aku tanya jam pukul berapa walaupun aku tak berapa sedar.

Ibu ayah datang. Bawak makanan. Ibu tolong charge kan phone sebab phone memang dah habis battery. Aku mengadu habis la sume kat ibu. Tapi tak nangis. Manade nangis. Eh ada ke???  Sedih la i kenot. Aku nak lima titis air pun dah memadai.

Pukul 7 baru label puasa tu diturunkan. Masa tu mana ada dinner dah. Aku rasa mcm dah stabil. Aku panggil nurse, cakap nak air. Dia mintak sebut nama. Bolehlah sebut tapi slow je. PASSED!

"nanti kejap akak panggil doktor dulu check awak"

LAHHH TADI CAKAP KALAU BOLEH SEBUT NAMA, BOLEH BAGI AIR TERUS. SAMPAI HATI.


Alas perut dengan roti je dulu sementara tunggu ibu dengan Kiera datang hantar bantuan makanan. Gittewww

Nurse ada marah aku tau. Masa aku buat pusing ke kanan tiba tiba kapas terkeluar dari telinga. Aku kutip, aku pegang. Sambil tangan sebelah lagi cuba usik bahagian luar luar telinga, nak rasa kering ke tak. Tiba tiba nurse datang hahaah dia cakap "eh ya Allah dia keluarkan kapas sendiri pastu korek telinga! bagitau doktor jap lagi!"

Dia ambik kapas tu dari aku, dia buang. Pastu aku try explain, tapi tak boleh cakap pulak kan. Jadinya aku ni borak sorang jela buat bahasa isyarat aku sambil cakap aku tak salah :(

Doktor datang check, test pendengaran. Ok, minum! Aku dapat semula botol air tu, tak tipu, aku peluk tak lepas. Macam dah lama terpisah pulak kan. Bila check lengan, lebam ambik kau macam kena pukul dengan boyfriend.


Nurse datang mengadu kat doktor- "doktor, tadi patient keluarkan kapas dari telinga lepastu dia korek telinga dia".  Aku ni kumpul kekuatan tau. Aku bangkang balik. "Mana ada, dia jatuh sendiri, saya kutip laaaa"

Aku rasa masa ni macam kakak dengan adik yang gaduh report kat mak tau tak. Doktor cakap yela takpe la nanti bagi kapas baru. Ha kan senang masalah.


Sekarang, anak makcik katil depan dah bertukar. Tadi lelaki, sekarang perempuan. Sekolah rendah lagi gaya dia. Solat pun sebelah mak dia, buat homework pun sebelah mak dia. Lepastu mak dia ada cakap something sambil tunjuk kat aku. Anak dia datang,

"akak, akak nak makan?"- Dia pegang makanan.
Aku telan air liur. Nak...nak makan...
Tapi aku geleng. Terima kasih dik, tapi akak tak larat nak makan lagi. Sakit tekak.
Dia pun balik katil mak dia.


Aku bukak drawer. Panggil dia semula.
"ye kak? akak nak pape?"
(hulur kinder bueno)
"eh takpe la kak, akak makan la"
Aku insist nak bagi jugak sebab

1. aku tak boleh makan
2. biar lama lama dalam drawer nanti cair
3. anggap tu reward sebab kau jaga mak kau dik


Dah malam, aku cakap kat nurse, nak pergi toilet. Takmo guna diapers. Maka aku pun gagah la nak turun katil tapi tiba tiba ada makcik ni datang tolong aku turun katil jugak. Makcik tu tua beteiii, gaya nenek nenek dah jalan pun setapak demi setapak.

"eh ada lagi anak cina ni! ingat dah balik. makcik rasa macam kenal awak ni. macam pernah jumpa"
Aku diam, senyum. Tak larat nak bercakap tapi otak fikir jugak mana aku jumpa makcik ni.


Makcik tu ada lagi. Cuba papah aku balik ke katil aku. Aku dah ingat!

"oooo, makcik ni ye yang kita borak borak semalam kat koridor?"
"haah la ye tak ye jugak, baru ingat"
"anak makcik mcm mana?"
"macam tu la tak sedar lagi...awak ni ok ke tak?"
"ok makcik ok, terima kasih ye makcik"

Maka aku balik ke katil dengan bantuan nurse. Kesian pulak makcik tu nak papah sampai katil kang dia pulak jadi patient. Dari jauh, nurse lain dah tanya, "awak kat mana sekarang?"  - "hospital" - Semua lepaskan nafas lega. Lega sebab aku dah tak 'gila' kot.



Malam tu ibu hantar Kiera datang jaga aku. Taktau siapa jaga siapa sebenarnya. Ibu penat, aku faham. Sebab tu kalau tak ada Kiera pun, aku tak kisah kalau sorang je. Kang elok elok aku je kat hospital, ibu pulak masuk hospital. Mungkin sebab dah lama sangat tidur masa bius, jadi malam tu aku tak boleh tidur. Ada saja benda nak borak. Kesian pulak Kiera tidur atas lantai je. Sikit lagi aku nak nyanyi lagu Bersamamu tu. Tidur dua jam je rasanya. Pukul 3 lebih dah bangun. Bantai borak kat koridor sampai pukul 5.


Telinga bleeding tiba tiba. Tapi nurse relax je bagi kapas. Lap la, apa lagi.


Siang, 21/01/2020 - Harini tak mandi. Aku penat, sakit, tak larat, takut. Mampu gosok gigi dgn cuci muka je. Tapi sembur deodorant DR. MIST tu! Hahahah. Skincare routine tak tinggal! Belai rambut je kurengg sebab rambut melekit. Rumit sebab masuk ni dah hari ketiga tak mampu membuang hatta sikit pun walhal aku sudah diberi ubat sembelit sebab doktor tak bagi teran. Murung pun ada. Kesian Kiera banyak kali pulak tu teman ulang alik pergi tandas tapi takda apa. shshhshs


Team doctor ORL/ENT datang check lagi. Rasanya ada doktor praktikal. Jadi diorang main soal jawab sesama diorang la depan aku yang taktau pape. Sambil tu aku tengok lukisan telinga stail diorang. Doktor relaks datang sembur apetah belakang telinga.

"ok, harini awak dah boleh discharge"

Dah boleh discharge? Pukul 8-9 lagi aku dah siap siap mekap. Test lipstick. Imagine aku punya excited tu nyahh? Around 9-10, Kiera balik dulu. Aku kemas barang barang. Siap kemas, aku golek golek atas katil. Buat lagi perangai kira petak siling. Lepastu menggeletis geli lap darah yg keluar dari telinga. Lama nak mampos tunggu boleh ke sign surat & bayar bil. Sampai pukul 1. Ibu on the way nak ambik, aku terus tukar baju.


Ada sorang perempuan baya aku, aku selalu nampak kalau nak pergi toilet. Selalu senyum. Ada sekali aku tegur, tanya pasal mak. Lepastu balik katil aku. Tak sangka, aku dah nak balik ni, dia pulak datang katil aku borak borak tanya apa semua,

"dah nak balik ke?"
Muka happy, aku jawab la, ya.
Tapi dia still dengan muka gembira dia, dia cakap "untunglah. saya dengan mak jugak lama kat sini"

We talked and talked sampai aku tanya,

"tadi ada budak debab baju merah asyik pandang katil saya, adik awak ke?"
"haah adik saya tu kak. dia selalu tengok akak, dia cakap nak sembang dgn akak tapi dia segan"
"datang jela katil akak, akak mana ada sapa nak ajak borak"
"dia ada tanya saya, kenapa dengan akak? saya cakap la akak baru lepas operate, adik saya cakap, kesiannn, cantik cantik pun masuk hospital"

Budak ini aku cepuk karang apa pun tak dapat.


"adik awak makan choki-choki? kalau makan, bagi la kat dia nanti"
Terkilan sebab aku dah nak balik pun tak dapat lagi borak dengan budak tu. Sebab dia dah balik Rompin.


Ibu datang, bayarkan bil & ambik ubat. Yang ni pun kesian kat ibu. Sebab ibu tak larat sangat ulang alik. Mana nak berkejar dengan kerja rumah lagi, pejabat lagi. Aku nak offer diri pergi bayar bil and ambik ubat sendiri tapi ibu cakap tak payah, sebab kat bawah tu bising. Lif pulak bergegar nanti kacau telinga. Haih.


Last sekali, sebelum betul betul balik, aku buat perangai YB salam orang sebelum berambus tak patah balik dah. Makcik jaga anak katil hujung pun aku salam. Sudahnya mak aku buat jadi sesi promote jodoh untuk aku. Aci boleh jela.




Malam, dah balik rumah. Mak Kiera buat bubur pulak yey! Sedap kot aku tak habis pikir lagi macam mana nak buat bubur sebab dari dulu tak penah menjadi.


Terima kasih bebanyak la sebab sudi pinjamkan anak pastu masak bubur lagi. Ouch terharu!



-----


Mungkin ada few and some times, nurses akan cakap benda menyakitkan hati. Tapi aku anggap benda tu perkara kecik sementalahan aku sendiri di luar kawalan. Bukannya diorang pukul aku ke apa pun. Bila diorang cakap nak lepuk, nak ikat aku sebab perangai aku menjadi-jadi meracau, aku tak ambik ke hati pun. Cara cakap diorang macam mak-mak yang geram dengan perangai anak tak boleh dikawal je. TAPI PART AMBIK AIR TU JE AKU EKKK SIKIT SEBAB AKU TAK BOLEH ORANG USIK MAKANAN/MINUMAN AKU TAU. HAAAA


Doctors situ were all nice. ORL doctors la especially. Doktor lain mana aku tau. Terang satu satu, brief satu satu. Risiko itu ini. Kalau something went wrong pun, dia siap cakap "tak tak, doktor tak marahhhhh" Hm nasib tak nangis.

Comments

Popular posts from this blog

Sekeping kad biru (UPDATE)

Heart-Shaped Lempeng. Awak ada?

Kesian kakak ku di pagi raya