Posts

Showing posts from February, 2022

Berdamai, usaha, tawakkal

 Bismillah. Hehe. Sebenarnya hehe tu tak perlu pun. Tapi biasalah, aku selalu menangkan suara lain dalam otak aku untuk tulis je hehe tu. Bual panjang malam ni berkisar masa lalu. Jelak nak ungkit lagi. Bukan salah aku yang lembab tak faham hint dan bukan salah dia yang tak tegas lagi nak ekspresi kan perasaan. Sebab kalau aku dapat tangkap apa dia cuba sampaikan pun, aku buat tak tahu jugak. Tapi menariknya... aku perasan yang aku dari vers i 2019, 2020, 2021 sangat dan cukup berbeza berbanding aku yang hari ni. Tak boleh jugak nak cakap yang aku betul betul tenang tu. Tapi aku dah cukup sabarlah untuk tak melatah atau melantun bila orang cakap apa-apa. Ok la tu kot. Aku tak melenting bila apa yang jadi tak ikut acuan kemahuan aku. Ok jugaklah tu kan. Pada diri sendiri, aku ulang lagi konsep berdamai dengan takdir tu. Sebab aku cuba nak apply benda tu dalam diri sendiri dan hidup. Yang lepas tu, lepaslah. Belajar dari pengalaman. Kesilapan pun pengalaman. Sakit pun pengalaman. Luka