Posts

Showing posts from 2021

RESENSI BUKU : Be Eshme Elohim: Sang Penuntun Hati

Image
Sebenarnya, tajuk novel ni yang buat aku teringin nak baca. Tapi masa tu belum tahu lagi siapa penulisnya. Yang aneh-aneh aje sebab tak ambil tahu penulisnya siapa. Aku tak tahu apa yang aku expect dari novel ni pada awalnya. Terasa seperti ada roh dalam penceritaan ini yang melahirkan emosi dalam diri pembaca. Be Eshme Elohim.. Dengan nama Tuhan.. Penulis: Maszlee Malik Terbitan: Jejak Tarbiah Mukasurat: 225 Jalan ceritanya berinspirasikan daripada coretan Ashabul Ukhdud, tentang seorang budak lelaki digelar Ghulam yang akhirnya dipilih untuk menggantikan ahli sihir diraja yang kian tua dan uzur. Tapi dalam perjalanan dia ke istana untuk menjadi anak murid Shaylam, ahli sihir tua tersebut; dia berjumpa dengan Samuel, sang ketua rahib yang disangka semua orang bahawa dia sudah mati. Jiwa anak muda yang kosong dan suci ini akhirnya dipimpin ke arah jalan Elohim yang tak pernah dia dengar sebelum ni. Sedangkan dia boleh memilih untuk hidup senang seperti yang dia impikan jika dia memil

RESENSI BUKU : Orang-Orang Biasa (Andrea Hirata)

Image
Penulis: Andrea Hirata  Penerbit: Jejak Tarbiah  Mukasurat: 298   Tahun Terbitan: 2020   Format: Paperback  A ndrea Hirata adalah nama yang tidak asing dalam dunia penulisan & pembacaan. Dan untuk aku, ini naskhah pertama beliau yang aku cuba baca walaupun sekitar tahun 2008, tulisan beliau sangat memberi inspirasi yang sangat besar melalui filem Laskar Pelangi yang telah diadaptasi dari novelnya. Hasil baca resensi buku di Goodreads & Twitter, aku pilih untuk check out je buku ni! Tak payah fikir fikir dah. Tanggapan pertama? Melihat dari tajuknya aku kira Orang-Orang Biasa ini akan menyajikan jalan cerita yang berat dan rumit untuk aku hadam, terlalu banyak falsafah yang tak tertanggung untuk ditelan. Tapi rupanya silap besar aku meletakkan judgement aku hanya pada nama dan rupanya dari luaran. Itu kesilapan yang sering aku buat  walaupun berkali-kali janji pada diri untuk tidak menghakimi. Sebab aku tak mampu melanjutkan pelajaran dalam bidang perundangan seterusnya menjadik