Posts

Showing posts from 2014
Aku kira, kenapa mau buang2 waktu pada orang yang tak mau peduli pada orang yang berpikiran hanya untuk dirinya sendiri tapi ini bukan ilmu hisab untuk aku congak-kirakan maka aku harus berbagi-bagian sama rata meski ada yang tidak pernah berlaku adil pada aku, atau ada yang tidak pernah mengadili aku waktu aku sedang dalam keadaan sulit Bunda pesan, biar sembilan kali pun orang buat kita, jangan sesekali kita membalas yang jahat. Pesan yang selalu khusus untuk anaknya yang terlalu keras pada hati dan lantang pada suara. Usai sudah basa-basi. Tak perlu berkias-kias.

Manisnya Cinta di Cappodacia

Image
Kau ada seorang kawan yang level keyakinan dia tinggi setinggi LIMA KALI POKOK KELAPA. Sebabnya dia akan cakap dengan muka bersahaja dan penuh yakin seperti wakil pelajar - manisnya cinta eh oh ha yang shaheizy sam dengan FARA FAUZANA berlakon tu? Kau baru nak iyakan hujahan dia tadi tapi dengar something wrong somewhere pada nama heroin tu.  FAZURA LA WANI, FAZURA! Jangan marah. Akulah kawan yang terlebih yakin diri ituuu. Hekhek. ---------------- Will you be my Mohd Nazmi bin Isa? Ha ha ha.  *pegang buku novel bebanyak dan berlalu pergi dengan harapan Mohd Nazmi nampak dan kemudian belikan sebagai surprise* Fav quote aku. Tak ingat ayat penuh dia macam mana tapi lebih kurang macamni Dulu abang tak reti menghargai, jadi sekarang abang tak ada hak untuk mintak.. - Bakhtiar Siapa pergi tengok tu tolong fokus pada ayat Bakthiar eh eh eh eh  

Kasar tak mampu dilentur lagi eh

Hampir sepanjang hari setiap minggu, masa kami dihabiskan dalam studio. Kalau tak studio, studio juga. Terus terang cakap, susah. Bukan belajar yang susah. Tapi nak cuba blend dan mix dan get along dengan kepala-kepala dari negeri lain. Lagi pulak bila aku ni pendiam amat. So far, Alhamdulilah, terjumpa sorang manusia ni rupanya kepala otak dia ngam dengan gue. Ada clique di situ. Like, "kau pikir apa aku pikir jugak? great so i dnt hv to say it la kan" Camtu. Nampak je dia nak acah acah macho. Bukak wechat jakgi dia cakap "Izz, rindu ko la." Nampak di situ? Tu la aku dah cakap, 14 hari tak jumpa ni jangan rindu sangat. Paling susah? Nak cuba campur dengan budak lelaki. Nisbah mereka lagi besar dari nisbah kami perempuan. Sekarang ada la dah masuk sikit. Walaupun masa tengok muka sorang-sorang, macam gong semacam je. Simbal betul! Perhatikan aje cara kaum adam ni treat kaum hawa yang lain cemana. Lembut je panggil, elok je cakap. Tapi yang sedihnya,

Sambal Hitam Pahang

Image
"Tak roller coaster la hidup kalau tak ada ujian.  Maka, bersabarlah." -------------- Orang Pahang mana yang tak gemor ke sambal hitam ni ce citer sikit. Ada? Tak ada? Ok. Boleh aku kongsi resepi? Tapi tak guna resipi turun temurun la. Ni main campak-campak je. Mana yang ada kita capai dan zasssss, menjadilah sambal hitam! Sambal hitam ni kira menjadi kegemaran jugalah. Asal balik Raub je mesti nak sambal ni. Ini antara kegemaran kami selain daripada lempeng ya. Tapi jenuh juga la kan. Takkan setiap kali nak makan sambal hitam mesti kena balik Raub. Aku bilang lagi sekali ya, ini aku main campak-campak je. Kalau nak resipi turun temurun, google yang lain. Percayalah, lima tangkai cili padi tidak mencukupi. Serupa macam tak perlu letak pun tak apa. TAK UMPHHH LA KALAU TAK PEDAS! Hello, ini orang Pahang mix orang Melaka ok. Bahan-bahan: Semangkuk ikan bilis yang dah dicuci bersih. Toskan. Separuh cawan belimbing buluh yang dah direbus sampai hitam. Kal

Sekeping kad biru (UPDATE)

Image
Bersegera memperbaharui kad biru. Kemain lagi kan. Pagi Jumaat, ibunda jemput daku di rumah. Pergi Jabatan Pendaftaran di Indera Mahkota. Tak perlu tunggu lama, terus pergi ambil gambar. Bayaran: RM10. Beberapa hari sebelum pergi ambil gambar, dah cuba try test senyum depan cermin. "Eh eh takleh senyum camni. Nampak buncit sebelah pipi" "Yang ni tak boleh jugak. Nampak sebelah je lesung pipit" "WEHHH APESAL AKU SENYUM TAK KENA NI" Fehh, tertekan. Bila ambil gambar yang real, pasghah je senyum macam mana pun. Silau dah mata dengan lampu dia. Bila umur dah masuk lapan belas, WAJIB untuk perbaharui kad pengenalan anda ya. Tak perlu tergopoh-gapah macam saya pun tak apa. Masuk umur 25 dan ke atas dan anda masih belum perbaharui kad pengenalan, anda akan dikenakan bayaran sebanyak RM20. Sementara muka tengah tak banyak sangat jerawat dan bintik hitam, afdhal la anda membuka pintu hati untuk renew . Disarankan pergi pada waktu pagi. Masa

Heart-Shaped Lempeng. Awak ada?

Image
Semalam tiba tiba up topik pasal makanan. "Pancake dengan madu.." "Heleh, padahal lempeng" "Lempeng dengan kari......" Bangun pagi hari ni, kelaparan deh. Nak makan simple je maka masuk dapur siapkan bahan nak masak lempeng. Tak buat lempeng kelapa sebab orang dalam rumah ni tak berapa gemor lempeng kelapa. Ingatkan nak buat besar-besar tapi macam tak berapa menjadi pulakkan. Dapatlah lempeng mini. Hajat nak buat bentuk bulat, tapi macam-macam bentuk pulak dapat. Bentuk love la, bentuk strawberi la, bentuk bujur la.. Ni kira berseni jugak sebenarnya. Art in Cooking. Dah, tak nak baca bantahan awak. Zaman muda-mudi dulu makan lempeng cecah (biasanya kita sebut cicah je) gula. Kalau balik kampung, tak sah kalau tak mintak wan buatkan. Yang paling simple la  kadang kadang paling sedap. Tak gitu, Cik Kiah? Ni la pancake versi orang Melayu. Makan dengan sambal ikan bilis. Fehhhh. Cara buat lempeng? Fes of ol , uolls kena ada tepung gandum