Posts

Showing posts from 2019

RESEPI: Lasagna Daging IKUT SUKA JE GUNA DAGING BURGER

Image
Siapa yang kenal aku, memang tau aku ni memang jenis makan masakan melayu je. Tekak tak boleh makan italian / western sangat. Buat merasa boleh la. Tapi nak hadap hari hari buat heavy meal, tak boleh bruhh. Tapi sejak kebelakangan ni, musim belajar memasak aku memang berubah ke arah itu. Maka aku cuba untuk buat lasagna. Sementalahan aku sendiri pun tiba tiba mengidam nak makan. Sebab ada cheese di situ. Google sana sini, bukak youtube sana sini. Jadi di bawah ini adalah resepi rujukan aku ye. Aku olah sikit sikit je punnnnn.   iResipi Dari dapur Azie Kitchen Buat Orang Lapo Jadi jemputlah tengok pautan di atas, ya. Bawah ni pulak langkah langkah yang aku buat. Yela, dah lama tak ada bahan nak update blog. LAMA SANGAT MENGANGGUR, TAK TENGOK DUNIA LUAR. SEDEHHH ! Ni gambar bahan-bahan. Nanti ada masa aku update harga senang sikit korang nak bajet berapa berapa semua. Ok? Yang takda dalam gambar mentega dengan lobak rasanya. Bahan: Kulit lasag

Lepas SPM : Kolej Komuniti

Lama jugak aku buat draf pasal kolej ni rupanya. Ok la sebab aku rasa macam ni musim lepasan fikir nak pilih mana satu yang terbaikl asasi / matrik / tingkatan 6 / diploma... ...aku kat sini nak buat post pasal Sijil. Dari Sijil ni, korang tak boleh terus ambil Ijazah Sarjana tau. Korang kena naik satu lagi tangga, iaitu Diploma. Ehek! Nanti aku cerita pasal Diploma. Pertama sekali, aku bagitau awal awal eh aku cerita ni tang mana aku ingat je. Mana aku rasa penting. Kalau tak jelas, nak details lagi, boleh contact aku kat Twitter/Facebook/Instagram. DM je. InsyaAllah aku reply. I'm more than willing to assist you guys. Ok. Ok tak sampai sini? Dulu result SPM aku hancur. Barai hancur lebur. Benda tak boleh adjust dah. Matematik tak kredit. Kalau kredit tu, dah confirm confirm la dapat placement kat mana mana U / kolej lain. Tapi? Tidak. Masa ni aku dah nampak, Diploma bukan untuk aku. Ya, ada aku dapat tawaran dari KPTM. Pra-Dipoma la tapinya. Kos related dengan language