Posts

Showing posts from February, 2014

Sekeping kad biru (UPDATE)

Image
Bersegera memperbaharui kad biru. Kemain lagi kan. Pagi Jumaat, ibunda jemput daku di rumah. Pergi Jabatan Pendaftaran di Indera Mahkota. Tak perlu tunggu lama, terus pergi ambil gambar. Bayaran: RM10. Beberapa hari sebelum pergi ambil gambar, dah cuba try test senyum depan cermin. "Eh eh takleh senyum camni. Nampak buncit sebelah pipi" "Yang ni tak boleh jugak. Nampak sebelah je lesung pipit" "WEHHH APESAL AKU SENYUM TAK KENA NI" Fehh, tertekan. Bila ambil gambar yang real, pasghah je senyum macam mana pun. Silau dah mata dengan lampu dia. Bila umur dah masuk lapan belas, WAJIB untuk perbaharui kad pengenalan anda ya. Tak perlu tergopoh-gapah macam saya pun tak apa. Masuk umur 25 dan ke atas dan anda masih belum perbaharui kad pengenalan, anda akan dikenakan bayaran sebanyak RM20. Sementara muka tengah tak banyak sangat jerawat dan bintik hitam, afdhal la anda membuka pintu hati untuk renew . Disarankan pergi pada waktu pagi. Masa