Posts

Showing posts from 2017

Kontena Ana

Kita selalu lihat indah dan mudahnya jatuh cinta dengan angan. Kita jarang lihat fasa awal perpisahan sebaik sahaja diceraikan. Kita cuba sambungkan berus gigi yang patah dan berharap ia masih boleh digunakan. Kita cuba tambah serunding atas pizza untuk lagi sedap. Kita cuba dengar lagu untuk hiburkan diri sendiri. Tapi kita lupa bila hujan turun, ia turun ke bumi. Also, Perempuan ni; kalau kau nak jatuhkan dia, make sure dia jatuh tak boleh bangun lagi. Sebab bila perempuan berhasil untuk bangun, she will become even stronger than before.

Istanbul Aku Datang

Walaupun sekarang 2017, aku masih mengulang tayang filem tahun 2012. Aku ingat aku akan bosan dengan cerita ni, rupanya tak. Istanbul Aku Datang. First time tengok, JUJUR CAKAP AKU TAK BOLEH TERIMA BILA DIA TERIMA HARIS, BUKAN AZAD. Kali kedua, sama. Kali ketiga, sama. Aku tak pasti bila kali keempat aku ulang, tapi kali ni penerimaan aku dah berubah. Aku dah faham kenapa D pilih lelaki yang dia baru kenal instead of the boyfriend dia berkasih sejak zaman sekolah baju putih kain biru. It's not about looks. Not about how long you've known him.. Atau kenangan manesss kau dan akuuuu Tapi soal dia di sini adalah layanan dia pada kau. Dulu aku tanya, kenapa tak bagi second chance ? Tapi sekarang aku faham. Ada orang bila dibagi peluang kedua dan seterusnya, mungkin dia janji dia akan berubah, tapi tau tak??? hati kita pun slow slow berubah jugak. Ada orang en, jangankan peluang kedua. Bahkan peluang pertama pun tak layak dia dapat

Lazada & Ninja Van courier

Image
Kelmarin aku ada cuci mata tengok barang kat Lazada. Lepastu berkenan la pulak nak beli satu benda ni. Ehh ini la orang perempuan ye. Daripada cuci mata, terus kelabu mata pilih barang lepastu berputih mata tengok baki akaun. Lepas dah pilih itu ini, aku terus check out. Proceed nak buat bayaran. Lepastu, dapatlah email pasal order confirmation. Semalam, 31 Januari. Dapat email, your order is being shipped. Tengok tracking number, semachiammm betul. Rupa rupanya dia guna courier service Ninja Van. Pernah dengar? Aku first time tau kewujudan ni. Tak jumpa pulak email yang dia bagi tracking id sekali............... So aku track parcel, diorang belum pickup lagi daripada penjual tersebut. Aku google. Branch tak berapa banyak. Try pulak search kat mana office Ninja Van kat Kuantan, tapi tak jumpa. Risau la jugak sebab andai kata takda orang nak terima barang kat rumah, nanti kalau aku kena self pickup kat office, OFFICE SAPE PULAK AKU NAK PERGI???????????????????? Jump