Berdamai, usaha, tawakkal

 Bismillah.

Hehe.

Sebenarnya hehe tu tak perlu pun. Tapi biasalah, aku selalu menangkan suara lain dalam otak aku untuk tulis je hehe tu.

Bual panjang malam ni berkisar masa lalu. Jelak nak ungkit lagi. Bukan salah aku yang lembab tak faham hint dan bukan salah dia yang tak tegas lagi nak ekspresi kan perasaan. Sebab kalau aku dapat tangkap apa dia cuba sampaikan pun, aku buat tak tahu jugak.

Tapi menariknya... aku perasan yang aku dari versi 2019, 2020, 2021 sangat dan cukup berbeza berbanding aku yang hari ni. Tak boleh jugak nak cakap yang aku betul betul tenang tu. Tapi aku dah cukup sabarlah untuk tak melatah atau melantun bila orang cakap apa-apa. Ok la tu kot. Aku tak melenting bila apa yang jadi tak ikut acuan kemahuan aku. Ok jugaklah tu kan.

Pada diri sendiri, aku ulang lagi konsep berdamai dengan takdir tu. Sebab aku cuba nak apply benda tu dalam diri sendiri dan hidup. Yang lepas tu, lepaslah. Belajar dari pengalaman. Kesilapan pun pengalaman. Sakit pun pengalaman. Luka pun pengalaman. Parut tu kenangan & peringatan.

Nak kata dah dekatkan diri dengan Tuhan pun, belum sepenuhnya lagi. Tapi dari segi moral ni aku cuba lagilah nak perbaiki. Mungkin kerohanian dan hubungan ketuhanan kena elokkan semula. Apa lagi nak diusahakan dalam hidup ni sebenarnya?

Hidup manusia ni... ada orang tawakkal, tapi tak berikhtiar.

Ada yang ikhtiar dan tawakkal, tapi tak berdoa. Tu sombong.

Tak usaha, mcm mana nak tawakkal. Nak tawakkal, kena ada mujahadah yang tinggi, self esteem, ketenangan. Yakin tapi dalam masa yang sama rendah diri. Apa beza yakin dgn meninggi diri?

"Aku boleh buat" - yakin
"Aku boleh buat lagi bagus dari dia" - tinggi diri (sombong)
Lepas usaha, kita tawakkal. Sekali dengan doa. Lepas dapat hasil, kita syukur. Kalau tak dapat apa kita nak? Syukur berganda lagilah. Dan redha.

Comments

Popular posts from this blog

Sekeping kad biru (UPDATE)

Heart-Shaped Lempeng. Awak ada?

Kesian kakak ku di pagi raya