RESEPI: Lasagna Daging IKUT SUKA JE GUNA DAGING BURGER

Siapa yang kenal aku, memang tau aku ni memang jenis makan masakan melayu je. Tekak tak boleh makan italian / western sangat. Buat merasa boleh la. Tapi nak hadap hari hari buat heavy meal, tak boleh bruhh.


Tapi sejak kebelakangan ni, musim belajar memasak aku memang berubah ke arah itu. Maka aku cuba untuk buat lasagna. Sementalahan aku sendiri pun tiba tiba mengidam nak makan. Sebab ada cheese di situ.

Google sana sini, bukak youtube sana sini. Jadi di bawah ini adalah resepi rujukan aku ye. Aku olah sikit sikit je punnnnn.
  1.  iResipi
  2. Dari dapur
  3. Azie Kitchen
  4. Buat Orang Lapo
Jadi jemputlah tengok pautan di atas, ya.

Bawah ni pulak langkah langkah yang aku buat. Yela, dah lama tak ada bahan nak update blog. LAMA SANGAT MENGANGGUR, TAK TENGOK DUNIA LUAR. SEDEHHH !




Ni gambar bahan-bahan. Nanti ada masa aku update harga senang sikit korang nak bajet berapa berapa semua. Ok?


Yang takda dalam gambar mentega dengan lobak rasanya.


Bahan:

Kulit lasagna - haritu beli instant SAN REMO. seeloknya rendam la dengan air panas untuk 30minit-1jam? haritu buat 10 minit, mmg keras lagi. try lah dulu 1 jam ke. biar lembut gila. senang masak tak rasa keras

Bahan-bahan sos bolognese:
  • sedikit minyak masak
  • 400g daging burger ramly - ni sebab tak jumpa daging kisar so blend kan je. atau pun cincang je guna pisau
  • 300g sos tomato adabi - takda sos spageti, ganti ni je
  • 3 sudu besar sos cili
  • 3 sudu cili kisar/giling/boh
  • 1 biji bawang holland, potong dadu
  • 3 ulas bawang putih, hiris nipis
  • 1 biji capsicum hijau potong dadu
  • 1 biji tomato potong dadu
  • 6 biji cendawan, potong dadu
  • 1/2 lobak merah potong dadu
  • serbuk oregano
  • serbuk lada hitam
  • garam secukup rasa


Bahan-bahan sos putih:
  • 2 sudu besar mentega - beli buttercup je haritu tapi orang cakap buttercup ni mentega. emmmm
  • 2 sudu besar tepung gandum, bancuh dengan air bagi larut
  • 2 keping keju cheddar chesdale
  • 1 sudu besar keju parmesan
  • 1 1/2 cawan susu segar/susu penuh berkrim
  • serbuk lada putih & garam secukup rasa
Cara-cara:

Sos bolognese:
  • Panaskan minyak. Tumis bawang holland hingga lembut, diikuti dengan bawang putih dan daging kisar/cincang.
  • Masukkan sos tomato, sos cili, cili kisar.
  • Masukkan lobak merah, capsicum, cendawan. Kacau sehingga agak sedikit layu.
  • Kemudian masukkan tomato.
  • Tambahkan serbuk oregano, serbuk lada hitam dan garam.
  • Kacau rata dan tutup api.

Sos putih:
  • Panaskan mentega dalam periuk.
  • Selepas cair, masukkan tepung gandum. Pastikan tepung gandum betul betul larut masa dibancuh air supaya tak berketul ketul dalam periuk.
  • Tuangkan susu. Masukkan kepingan keju chesdale. Nak tambah parmesan cheese pun boleh.
  • Kacau sehingga sedikit pekat.
  • Masukkan serbuk lada putih dan garam. p/s: Keju mmg dah masin sikit jadi hati hati la nak perasakan dengan garam.
  • Tutup api. Sejukkan seketika.



Lasagna:

  • Panaskan oven. Suhu 180°C selama 30 minit.
  • Letak kulit lasagna dalam bekas. Rapat-rapat.
  • Tuangkan sos bolognese. Ratakan.
  • Tuangkan sos putih. Ratakan.
  • Taburkan mozarella dan keju parmesan.
  • Ulang semula langkah 2-5.
  • Akhir sekali taburkan sebanyak mungkin mozarella, keju parmesan.
  • Bakar dalam oven selama 30 minit. Kalau tak cukup masa boleh tambah lagi.

Macam aku, buat tiga lapisan kulit lasagna. Fuh penuhh, padat. Habis melimpah ah. Tak pepasal kena lap oven.



Kisahnya aku bakar punya bakar sampai mendidih jugaklah dalam oven. Siap melimpah ruah lagi. Silap aku sebab rendam kulit lasagna 10 minit je. Keras lagi. Kalau bahagian yang dah rendam dengan sos, boleh la jadi lembut bila dibakar. Tapi bahagian tepi tepi yang tak kena sos, memang keras.


Buat pagi pagi buta. Siapalah nak makan. Semua orang dah tidur. So aku letak bawah tudung saji. Bangun paginya, aku tengok dah tinggal banyak ni je. Adik-adik makan bertambah, itu kata ibu aku la. Diorang cakap sedap. Suka betei hati! Hikhik







So aku pun jamah la dua tiga kali buat isi perut sebab ada appointment kat sepital. Itu sajurrr. Bye!



Comments

Popular posts from this blog

Sekeping kad biru (UPDATE)

Heart-Shaped Lempeng. Awak ada?

Kesian kakak ku di pagi raya