Lepas SPM : Kolej Komuniti

Lama jugak aku buat draf pasal kolej ni rupanya. Ok la sebab aku rasa macam ni musim lepasan fikir nak pilih mana satu yang terbaikl asasi / matrik / tingkatan 6 / diploma...

...aku kat sini nak buat post pasal Sijil. Dari Sijil ni, korang tak boleh terus ambil Ijazah Sarjana tau. Korang kena naik satu lagi tangga, iaitu Diploma. Ehek! Nanti aku cerita pasal Diploma.


Pertama sekali, aku bagitau awal awal eh aku cerita ni tang mana aku ingat je. Mana aku rasa penting. Kalau tak jelas, nak details lagi, boleh contact aku kat Twitter/Facebook/Instagram. DM je. InsyaAllah aku reply. I'm more than willing to assist you guys.


Ok. Ok tak sampai sini?


Dulu result SPM aku hancur. Barai hancur lebur. Benda tak boleh adjust dah. Matematik tak kredit. Kalau kredit tu, dah confirm confirm la dapat placement kat mana mana U / kolej lain. Tapi? Tidak. Masa ni aku dah nampak, Diploma bukan untuk aku. Ya, ada aku dapat tawaran dari KPTM. Pra-Dipoma la tapinya. Kos related dengan language. Tapi aku tak pergi. Pasal apa jangan ditanya lah. Sakit pulakkk hati kite.

Jadi untuk isi masa terlapang, sementara nak tunggu SPM Ulangan untuk aku re-sit Mathematics Paper, bapak aku suruh masuk Kolej Komuniti dulu. Aaaaaaaaaaaaa tudia. Kisahnya, nak repeat paper tu sebab nak ambik kos hartanah pulak kat Kolej Shahputra. (tapi sekarang dah tukar nama: Widad)


Start dari sini ya adik-adik. Sini.


Kolej Komuniti (KK) ni kebanyakannya korang buat amali. Hands on la senang cerita. Lebih menekankan kepada kemahiran. Teori? Kelas english, moral, Pendidikan Islam..ini jela teori. Main subjects korang pun ada je teori tapi tak payah nak goyang kepala sangat hafal. Sebab nanti benda tu korang akan buat jugak. Faham?


Sebab tu, lepasan Kolej Komuniti, IKBN, KKTM, Development Skills Centre senang dapat kerja. Sebab majikan nak yang reti buat kerja.


It's safe to say that kalau korang masuk Kolej Komuniti, memang jarang la orang dapat pointer 3.00 ke bawah dik oii. Rasanya 3.40 dah boleh dapat setiap semester.


KK ada dua modul tau:

  1. Sijil Kolej Komuniti Modular, SKK (M)
  2. Sijil Kolej Komuniti Berterusan, SKK (T)


Yang aku ambik, SKK (T). Aku buat point la eh.

1. Jumlah semester ada 4 SAHAJA. Semester 1-3, kuliah. Masuk semester 4, terus latihan industri. Latihan industri pun 16 minggu jugak. Aku haritu masuk Jun 2015, berambus bulan Oktober 2015. Dah habis LI, takda nak masuk kolej lagi dah. Masa LI kau dah boleh usha mana mana Uni yang bukak intake. Tapi lagi senang masuk Politeknik la. Macam aku, result SPM kan dah barai habis... jadi aku dapat jugak ambik Diploma Kejuruteraan Awam dengan menggunakan Sijil Kolej Komuniti. Kalau tak? Kalau guna sijil SPM je, kirim salam la sayang weh nak dapat hahahahahahaha. Tang Diploma ni lain kali ada mood aku cerita.


Senarai Sijil-Sijil yang ditawarkan,bergantung pada Kolej Komuniti tu. Apa yang ada kat KK sini, mungkin tak ada kat KK sana. Boleh tekan link kat bawah untuk pilihan korang ya.




2. Setiap semester pulak ada 4 minggu kuliah. Jadi kau jangan mimpi nak feeling mid-semester break  macam kawan kawan universiti kau yang lain dik.



3. Cuti semester (semester break) biasanya hanyalah mengikut perayaan. Biasanya yang raya tu la dikira cuti sem. Cuti seminggu je pulak tu. Kiranya kalau sekarang kau semester 1, next week cuti sem seminggu. Minggu satu lagi tu dah masuk semester 2.



4. Pinjaman/biasiswa
Korang layak memohon Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BPKK) dengan syarat tertentu atau Tabung Pinjaman Pelajaran (TPP).

Kalau pendapatan keluarga korang kurang dari sekian sekian RM (kalau tak silap pendapatan kurang dari RM3000 atau RM4000), maka korang layak dapat BPKK. Ini kira elaun yang takyah bayar balik. Macam biasiswa la.


Tapi ingat dik, ko jangan tipu pay slip mak bapak ko dik. Elaun tu nak pakai buat bayar tempat tinggal, makan minum, assignment, buku, pen, pensil, topup.. jangan tipu. Tak berkat. Tau?


Kalau pendapatan keluarga korang melebihi jumlah yang aku nyatakan di atas, maka korang automatik dapat TPP.  Tapi jangan risau. Berapa korang pinjam, sebanyak itu jugalah korang kena bayar balik nanti. Katakanlah eh. Satu semester dapat RM 1200. 4 semester dah RM 4,800. Kan? Kalah salah sorry. Ok. Kalau habis belajar nanti, korang bayar ni. Takda interest, bunga, faedah, segala apa bagai. Faham? Bahkan, TPP siap kira-kirakan lagi berapa korang boleh bayar ansur-ansur setiap bulan.


Taknak ada beban pinjaman? Jangan mohon pinjaman terus. Korang pelajar, korang ada hak untuk memilih.


Seeloknya buat akaun Bank Islam awal-awal. Zaman sekarang ni aku taktau la. Tapi biasanya elaun memang akan masuk ikut Bank Islam. Dulu kitorang kena buat Bank Islam sebab deme takmboh bank lain. Hm.


5. Hostel/tempat tinggal
Aaaaaa ni. Kalau bangunan KK korang tu baru baru lagi dibina dan ditubuhkan, tinggi kemungkinan untuk korang dapat hostel sebetulnya hostel. Aku belajar KK Kuantan (KKKua), students semua sewa atas kedai je. Kolej kitorang ni pun guna bangunan kedai je sebenarnya. Tapi Alhamdulillah, nampak je macam bangunan kedai. Tapi elok je semua takda jadi zombie. KK Segamat pun tak silap aku bangunan kedai kot. Kalau salah sorry eh hahaha

6. Pakaian
Ini bergantung pada program apa korang ambiklah. Aku ambik Sijil Pelukis Pelan Senibina. Duduk bilik ada aircond je hari hari, apedehal. Pakai baju kurung boleh, jubah boleh, blouse dengan seluar pun boleh. Tapi please dehhh, jangan la pakai macam tak cukup kain. Jangan ketat macam sarung nangka. Senang cerita, kalau korang pakai ikut syariah, insyaAllah pensyarah takkan aim kau tiap tiap minggu.

Tapi kalau korang ambik Sijil Kulinari, korang akan pakai baju yang macam chef tu. Itu uniform diorang.

Kalau kos jenis main mesin, pakaian korang mestilah yang tak meleret. Pakailah jaket yang disediakan kolej. Ni akan dapat masa korang daftar nanti.

7. Jadual kelas
Kelas memang padat. Ni tak tipu. 8am-5pm. Macam orang bekerja kan? Tapi pensyarah bagi kelonggaran kat kitorang. 8.15 pagi mula kelas. Itu pun boleh lagi ada yang lambat. Melayu ni biasa hshshshshshs. Biasanya jadual kat kertas memang tulis 1-2pm je break korang. Tapi benda ni bergantung pada budi bicara pensyarah. Yela, kau ingat pensyarah tu robot ke jenis nak on timeee je semedang? Dulu kalau kelas AutoCAD kitorang 8am-1pm... pensyarah akan bagi masa untuk take five. Jangan risau. Pensyarah tau otak korang ada satu, tangan ada dua. Mesti penat nak buat kerja tanpa henti. Haa time ni la kitorang ambik kesempatan keluar kelas, turun tangga dan pergi kedai runcit beli jajan untuk kunyah sambil sambung kerja melukis.

Kalau kerja projek banyak nak kena buat lepastu esokna tu deadline, malam malam pun bukak kelas tau. Kekadang cuti hujung minggu korang tak bermakna sebab korang akan pergi kelas jugak. Kalau bukan sebab projek, ada kelas ganti sebab pensyarah nak cukupkan jam.


8. Exam
Sebelum peperiksaan, kena alert la korang subjek apa hari apa dan dekat mana. Jangan jadi macam aku. Beria nak jadi yang first datang exam awal. Bukak lampu, aircond, segala bagai. Tapi kelas exam kosong lagi. Bila kawan whatsapp tanya, "izz, kau kat mana?" "aku kat kelas kita la" Rupanya aku telah dibongokkan oleh kawan aku ya adik adik sekalian. Sebab salah tempat periksa.


Kalau subjek teori tu je yelaa korang jawab guna kertas. Tapi main subjects korang, memang amali jugak. Misal kata subjek aku autoCAD, memang markah akan dinilai daripada lukisan pada autoCAD tu la. Masa exam amali tu, kadang serupa macam tak exam jugak. Hampeh betul. Masa amali semua tunjuk hebat. Sekali kena pegang pensil selak kertas jawab teori, menggigil sekor sekor ye. Hahahahaha comel betul


Markah tak dikira based on examinations je. Carrymarks daripada kuiz dan tugasan korang sepanjang semester turut dinilai.


8. Yuran
Ok ni paling pentinggggggggg kan. Yuran pendaftaran aku lupa berapa tapi yuran pengajian hanya RM200 per semester.  Jadi, masa korang dapat elaun tu, ketepikan la awal awal untuk bayar yuran next sem. Jangan tau joli ajeeeeeeeeee.


9. Lain-lain
Bonding masa kat kolej ni, kalau kau cari kawan betul betul kawan, memang kuat gila. Tak tipu. Kalau dapat jenis tikam belakang, kutuk belakang, memang akan jadi trauma. Jadi, carilah circle yang positif.

Cari group yang boleh buat kawan untuk assignment. Kalau ada free rider, next task sila buang. Aku dulu menyampah dengan sorang ahli, aku terus tak masukkan nama dia kat cover assignment kitorang. That's just the way I work. Kau tak bua kerja, aku tak kenal kau siapa dalam kumpulan aku. Ini masa Sijil la. Masa Diploma lain cite weh hahahahaha

Bukan setakat bonding dengan kawan kawan je. Pensyarah korang pun korang boleh ajak membawang kalau kena cara. Ikutlah. nak membawang ke, nak mengopi ke.. tapi ingat, level pensyarah tetap atas daripada korang. Jangan selok sangat borak sampai main tepuk tampar lecturer tu. Ada makan gagal bersyarat nanti. Danuke.


Korang akan masuk banyakkkkk program dan aktiviti kat KK. Contohnya explorace. Atau pergi lawatan sambil belajar. Pergi buat kerja on site. Program kolej pun banyak je sebenarnya.

Punya la keciknya kolej ni, sampai kau kenal setiap orang dari setiap kos. Gitu. Masa ni aku nak nasihatkan, selagi ada peluang nak berkawan, kawan la dengan semorang. Jangan jadi kera sumbang. Menyesal nanti.


Dan kalau jumpa jodoh kat kolej, selamat mengekalkan hubungan tu ke jinjang pelamin sebab aku cuma mampu bertahan sampai hujung Diploma je hshshshsh.



Last eh. Masuk KK ni senang gila nak skor. Masuk jela. Senang nak skor. Masa ni umur baru lepas sekolah, baru nak dilentur lagi, senanglah nak masuk and buat kawan ramai ramai. Tau?

Nak tau pape lagi ke pasal KK?

Comments

Popular posts from this blog

Sekeping kad biru (UPDATE)

Heart-Shaped Lempeng. Awak ada?

Kesian kakak ku di pagi raya