Produk merosakkan kulit

NI DRAFT BERAPA TAHUN SUDAH. KEJAP EH NAK KIRA BALIK. HA KES JADI 2012. DRAFT NI TULIS TAHUN BERAPA??? KIRA SENDIRI.


Tengok sekarang. macam-macam produk kecantikan, produk memutihkan kulit di pasaran. tak ada orang nak jual produk tan-kan kulit ke? malas pulak nak berjemur tengah-tengah panas. wakakaka. ok, sila belajar erti bersyukur. fuhhhhh. tiup semangat untuk buat pusingan U kepada diri sendiri.


Dalam dua tahun lepas, saya mengadu pada kawan betapa teruknya resdung saya ni. hidung berair, jadi macam paip je pulak. lepas tu jerawat memang satu komponen penting la bila hengkorang ada resdung ni. begitu juga saya yang tak mampu lari dari jerawat. hilang sana, tumbuh sini. betullah, hilang akan berganti.


Jadi, satu hari tu kawan saya recommended satu produk. produk buatan bumiputra gittew. orang melayu kita. katanya kawan kami pun guna juga. dan saya tengok kulit dia cam ok. sebab kawan kami tu pun resdung jugak.


Puaslah tanya kawan tu, cemana dia pakai. ok ke tidak. ada side effect ke tidak. siap search kat internet lagi. feedbacks semua positif. halahaiii. siapa nak war-warkan negative punya feedbacks kan? masa tu tak ada pulak nampak post pasal OHMAI MAKIN TERUK LA PAKAI PRODUK NI dalam google.


Maka saya pun meng-request Birthgiver kesayangan belikan. beliau pun sangsi macam saya awal-awal dulu. tapi bila saya cakap nak try, yelahhh dibelikan juga.


Seminggu. Dua minggu. Tiga minggu. saya guna produk tu dari minggu kedua puasa tak silap. lepas tu cuti raya. cuti raya ada dalam seminggu kot? keeee eh entahlah. habis cuti raya, masuk kelas,


"WEI WANI KO PAKAI MEKAP EH"


"takda pulak. apasal"

"dah bakpe aku tengok putih semacam je"

"yeke? takda la. biasa je"

dan seterusnya seorang demi seorang tanya, tegur pasal kulit tetiba drastik putih. heklehh. dah lama tak jumpa. sebab tu bila jumpa je terus perasan perubahan.


Kawan yang rekemen produk ni pun terkejut. bila dia terkejut, saya terkejut jugalah. sebab apa? sebab dia yang cadangkan produk ni tau. apesal ko nak terkejut! ish.


Bila ramai tegur kulit putih, tipulah sikiiiit pun tak terasa bunga-bunga duri-duri kaktus mencanak dengan tajamnya. tapi lama-lama, bila orang tegur SEMAKIN PUTIH, ok masa ni saya dah patut risau. dan gusar. dan gelisah. tujuan asal pakai produk ni lain. bukan nak naikkan ton warna kulit ke apa.


Sampailah satu hari tu, saya stop pakai salah satu krim produk XY. sebab dah habis. malas beli. sehari stop, naik bintik hitam. lama-lama, jerawat pulak tumbuh dengan jayanya. sudahnya, saya buang terus segala krim siang dan malam. tinggal pencuci muka dan bb cream. bb cream ni i tell you aaa very the nice. blend dengan bagussss. wah, sempat engko puji ye.


Kemudian, bb cream dah habis. tinggal pencuci muka. pakai je lagi. tapi jerawat tetap naik. makin banyak daripada masa sebelum guna produk XY. sakit Ya Rabbi. tak tertahan sangat. pedih. kulit mengelupas. macam nak bersalin kulit. ingat ular agaknya.


Akhirnya, saya terus berhenti pakai produk tu. cukup dah. nantilah sambung cerita. nak lipat kain. bye.


Memang lepas stop pakai produk ni, menyerbu la jerawat naik ke muka yang dulunya halus mulus licin tak ada jerawat. sedih kan?


Gurau je. jangan la marah.



Hello, tengah baca lagi ke?



Lepas tu saya bertukar ke produk lain. dalam mengamalkan produk lain tu, saya patahkan jari jemari sebelum menaip pada papan kekunci tentang produk XY. thor dia! tiba-tiba belambak pulak negative feedbacks pasal XY. siapa tak sakit hati kan.


Sekarang, XY dah nampak semakin official dalam iklan tv, menggunakan seorang artis sebagai duta. tak apa la. MUNGKIN bukan sebab produk tu. tapi sebab kulit saya sensitif tak boleh pakai itu ini sembarangan. ok. ok. ok.


(erm tapi dulu dalam salah satu krim dia tu mengandungi bahan berbahaya hekhekhek)

Sampailah harini, saya serik nak guna produk sesuka hati. sekarang ni dah jadi satu hal pulak nak treat semula kulit ni. tu je. bye.


nasihat saya: sila berhati - hati. tak cakaplah produk buatan bumiputra tu tak bagus. cuma nak ajak kita semua berhati - hati. siapa taknak kulit cantikkan. yang mana bagi effect flawless tetiba dalam masa kerdipan mata, sila ambil cakna apa bahan - bahan yang terkandung dalam produk tersebut. kita nak memakai, kena ambil tahu. jangan membabi buta je guna itu ini. kan menyesal tak sudeyyy.



p / s : otw nak perbaiki kulit. maka wahai diri sendiri, bersabarlah. nak rosakkan kulit, dalam sebulan je boleh jadi. tapi nak membaikinya, setahun belum tentu dapat. konsistensi itu penting!

Comments

  1. suka rasa baca entri ni. sebab i can feel you, wani. husna f2 dulu muka teruk jugak jerawat naik bukan kecik tapi besar2 kat pipi. low self-esteem masa tu :(

    macam2 la inisiatif husna buat untuk repair kulit ni ha. time tu prinsip memang pakai yg natural/non-chemical punya mcm spirulina ke tanah ke and so on. tak ingat la dalam masa bila ok tp mmg nampak la perubahan kulit tu. seingat husna f3 kulit ok dah. tak merah2 berjerawat lagi.

    true. banyakkan buat kajian and bertanya and google. bukan percaya boolat2 testimoni+iklan. ingat esaimen je buat kajian? mwehehe.

    fight-oh wani! :) makanan pun amek kira jugak tau.

    ReplyDelete
  2. Suddenly curious to know what is product XY. Tapi kalau awak sebut nanti susah pulak.

    Tapi nak tau T-T

    ReplyDelete
  3. @ una.

    dia punya serik tu kan una, rasa macam.. kalau boleh takmo dah pakai pape kat muka. tapi karang mula la kulit berminyak. benda berkaitan dengan self care ni memang perlu-amat-sangat untuk kita pandang serius. kalau tak, mula la menyesal..


    @ doubleyou.



    nanti kita bisik2 je eh awak

    ReplyDelete
  4. Bukan safi kan bukan safi kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak. Saya pakai produk safi balwos biasa, sadi balqis perfect 10 semua elok je.. chill okayyy

      Delete

Post a Comment

Comment helok sikit.

Popular posts from this blog

Sekeping kad biru (UPDATE)

Heart-Shaped Lempeng. Awak ada?

Kesian kakak ku di pagi raya