RESENSI BUKU : Be Eshme Elohim: Sang Penuntun Hati

Sebenarnya, tajuk novel ni yang buat aku teringin nak baca. Tapi masa tu belum tahu lagi siapa penulisnya. Yang aneh-aneh aje sebab tak ambil tahu penulisnya siapa. Aku tak tahu apa yang aku expect dari novel ni pada awalnya. Terasa seperti ada roh dalam penceritaan ini yang melahirkan emosi dalam diri pembaca. Be Eshme Elohim.. Dengan nama Tuhan.. Penulis: Maszlee Malik Terbitan: Jejak Tarbiah Mukasurat: 225 Jalan ceritanya berinspirasikan daripada coretan Ashabul Ukhdud, tentang seorang budak lelaki digelar Ghulam yang akhirnya dipilih untuk menggantikan ahli sihir diraja yang kian tua dan uzur. Tapi dalam perjalanan dia ke istana untuk menjadi anak murid Shaylam, ahli sihir tua tersebut; dia berjumpa dengan Samuel, sang ketua rahib yang disangka semua orang bahawa dia sudah mati. Jiwa anak muda yang kosong dan suci ini akhirnya dipimpin ke arah jalan Elohim yang tak pernah dia dengar sebelum ni. Sedangkan dia boleh memilih untuk hidup senang seperti yang dia impikan jika dia memil...