RESENSI BUKU : Orang-Orang Biasa (Andrea Hirata)






Penulis: Andrea Hirata 
Penerbit: Jejak Tarbiah 
Mukasurat: 298 
 Tahun Terbitan: 2020 
 Format: Paperback 

Andrea Hirata adalah nama yang tidak asing dalam dunia penulisan & pembacaan. Dan untuk aku, ini naskhah pertama beliau yang aku cuba baca walaupun sekitar tahun 2008, tulisan beliau sangat memberi inspirasi yang sangat besar melalui filem Laskar Pelangi yang telah diadaptasi dari novelnya.


Hasil baca resensi buku di Goodreads & Twitter, aku pilih untuk check out je buku ni! Tak payah fikir fikir dah.


Tanggapan pertama?

Melihat dari tajuknya aku kira Orang-Orang Biasa ini akan menyajikan jalan cerita yang berat dan rumit untuk aku hadam, terlalu banyak falsafah yang tak tertanggung untuk ditelan. Tapi rupanya silap besar aku meletakkan judgement aku hanya pada nama dan rupanya dari luaran. Itu kesilapan yang sering aku buat  walaupun berkali-kali janji pada diri untuk tidak menghakimi. Sebab aku tak mampu melanjutkan pelajaran dalam bidang perundangan seterusnya menjadikan aku seorang peguam, apa lagi hakim?


Ulasan sejujurnya.

Buku ini bukan sekadar tentang orang-orang biasa. Biasa pada mata orang yang memandang secara umum. Tapi hati dan jiwa mereka besar. Bukunya tentang 10 para kecundang yang bodoh dan tak semua menamatkan persekolahan. Sedangkan aku rasa, kalau kau bodoh, maka sebab itu kau perlu teruskan pengajian. Rupanya, bodoh hanya alasan. Yang menjadi sebab terutama adalah kemahuan. Mahu, kau teruskan. Tak mahu, kau keluar barisan.


10 orang biasa ini walaupun tak pernah bersatu dan berdamai, tapi ia tetap tentang persahabatan walau tak nampak secara jelas. Hidup berani mengambil risiko demi pendidikan anak. Demi impian anak dan demi menjadikan anaknya insan yang berbakti semula kepada orang tuanya.


Penyampaian ceritanya mudah difaham. Tapi cukup buat aku terrrmenangis bila kisarnya tentang ayah-anak. Tentang hak mendapatkan pendidikan itu tidak sama rata. Baik di lokaliti kita sendiri atau di negara jiran pun, sama rupanya. 




Realiti yang tak ramai sedar. Orang miskin pernah punya cita-cita. Tapi berhenti mempunyai keinginan itu kerana mereka tak bernai lagi bermimpi kerana dunia ini segalanya tentang duit. Bukan kaya. Tapi kemampuan.


Jadi dalam buku ni sebenarnya Andrea Hirata mencoretkan tentang:

  1. Miskinnya seseorang itu sehingga tak mampu bercita-cita tinggi.
  2. Integriti seorang yang memakai uniform, bahkan duit penghargaan/wang kopi pun tidak diusik
  3. Memberikan kepada yang lebih berhak
  4. Kemahuan yang meluap-luap untuk terus belajar walaupun digelar bodoh
  5. Niat tidak pernah menghalalkan cara dan bagaimana akhirnya mereka menyedari mereka bukan orang baik-baik tapi mereka bukan penjenayah


Buku ni buat aku teringat filem Hollywood: 3 Idiots.
Dan buku ni buat aku berazam nak jadi diri aku yang lebih mampu.
Bukan lebih kaya.
Lebih mampu untuk menyediakan yang terbaik untuk diri aku dan generasi akan datang.

Keadilan tak semestinya ditegakkan dari aspek yang besar. 
Belajarlah adil dengan diri sendiri.


Jadi aku tak kecewa dengan bacaan pertama aku untuk bulan September.

Comments

Popular posts from this blog

Sekeping kad biru (UPDATE)

Heart-Shaped Lempeng. Awak ada?

Kesian kakak ku di pagi raya