RESENSI BUKU : Be Eshme Elohim: Sang Penuntun Hati

Sebenarnya, tajuk novel ni yang buat aku teringin nak baca. Tapi masa tu belum tahu lagi siapa penulisnya. Yang aneh-aneh aje sebab tak ambil tahu penulisnya siapa.


Aku tak tahu apa yang aku expect dari novel ni pada awalnya. Terasa seperti ada roh dalam penceritaan ini yang melahirkan emosi dalam diri pembaca.




Be Eshme Elohim..
Dengan nama Tuhan..

Penulis: Maszlee Malik
Terbitan: Jejak Tarbiah
Mukasurat: 225


Jalan ceritanya berinspirasikan daripada coretan Ashabul Ukhdud, tentang seorang budak lelaki digelar Ghulam yang akhirnya dipilih untuk menggantikan ahli sihir diraja yang kian tua dan uzur. Tapi dalam perjalanan dia ke istana untuk menjadi anak murid Shaylam, ahli sihir tua tersebut; dia berjumpa dengan Samuel, sang ketua rahib yang disangka semua orang bahawa dia sudah mati.


Jiwa anak muda yang kosong dan suci ini akhirnya dipimpin ke arah jalan Elohim yang tak pernah dia dengar sebelum ni. Sedangkan dia boleh memilih untuk hidup senang seperti yang dia impikan jika dia memilih untuk bertuhankan manusia, makhluk yang setaraf dengan dirinya sendiri. Tapi demi Tuhan Yang Maha Esa, dia memilih untuk tetap berdakwah di jalanNya meski ia bererti dakwah yang melibatkan darah, nyawa dan pengorbanan.


Malah ibrah lainnya yang aku dapat perhati daripada novel ni adalah tentang sang Rahib; pendidik; murabbi yang mengakui mutarabbinya lebih baik daripada dirinya sendiri. Lebih layak untuk meneruskan wahyu yang telah lama diturunkan.... Guru yang sebenar guru pendidik adalah yang merendah hati mengakui kelemahan diri. Yang tidak meninggi diri, bersederhana, dan tidak terlalu mengagungkan diri sedangkan dia lebih berpengetahuan. Sama macam orang yang hadiahkan buku ni untuk aku lah. I'm amazed but okay let's save the talk for some other day.


Dan lagi sekali, kita tidak perlukan pembangunan atau menjadi orang yang besar untuk melakukan perubahan. Dakwah dari mulut ke mulut, dengan mengakui keesaan Tuhan nan Satu itu telah menghimpunkan penganut agama yang telah lama mereka tinggalkan. Tidak pula mereka sangsi dengan anutan itu walhal mereka telah lama hidup menyembah kepada berhala. 



Terus terang, pada muka surat 214, penulis betul betul buat aku terkejut. Bukan plot twist sangat pun, tapi aku terkejut sebab pengorbanan sehingga itu sanggup dilakukan. Yang mana aku rasa.... orang yang menganggap dunia hanyalah tempat persinggahan sahaja sanggup mengabdikan diri sehingga berserah ke tahap itu.



Manusia sering tertipu oleh hal yang mereka tahu. Manusia sering menafikan hal yang mereka tidak tahu..


Buku ni, hadiah daripada..... . He who shall not be named.
It was ever so thoughtful of you to send me this lovely gift. You have no idea how happy I am after receiving it. Thank you.

The book mentioned about how the moon is related to beauty...
And look where I am right now...
Writing this while staring at the moon..

Comments

Popular posts from this blog

Sekeping kad biru (UPDATE)

Heart-Shaped Lempeng. Awak ada?

Kesian kakak ku di pagi raya